Keraian2Bkemenangan2BFatin

Gadis dari Kelantan, Fatin Nuraisya telah dinobat gelaran ‘Clever Girl pertama Malaysia’ selepas berjaya memenangi rancangan realiti “Clever Girl Malaysia” musim pertama sekaligus menidakkan tiga pesaing lain.

Berikutan itu, Fatin telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi.


Manakala tempat kedua pula dimiliki oleh Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor yang menerima wang tunai RM10,000.

Pusingan2BAkhir2BAntara2BArina2Bdan2BFatin
Arina (Selangor) tewas di tangan Fatin (Kelantan) dalam pusingan akhir.

Rancangan realiti selama 10 minggu ini menampilkan 14 peserta dari setiap negeri di seluruh Malaysia bertanding merebut gelaran Clever Girl Malaysia dengan mempertaruhkan kepintaran masing-masing.

Malah rancangan itu berbeza dari rancangan-rancangan realiti lain berikutan ia tidak menggunakan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) atau pun juri profesional, sebaliknya berdasarkan prestasi peserta menjawab soalan kuiz setiap minggu.

Empat2BFinalis2BClever2BGirl2BMalaysia
Finalis “Clever Girl Malaysia” musim pertama.

Walaupun pada mulanya menerima banyak kritikan dan kecaman dari netizen apabila ada peserta yang tidak dapat membezakan Mahatma Gandhi dan Mother Teresa selain ada yang berpendapat soalan yang diberikan kepada peserta tidak cukup mencabar.

Bagaimanapun, segala kritikan tersebut diambil positif oleh pihak produksi yang melakukan penambah baikkan sehingga ia kembali menarik perhatian penonton sehingga ke episod akhir.

Anda Mungkin Juga Suka:

Kontroversi rancangan “Clever Girl”

clever girls 600