Header Ads

Tudung Duckscarves berharga RM800 jadi kegilaan ramai


Baru-baru ini telah kecoh di media-media sosial mengenai tudung Duckscarves yang diasaskan oleh usahawan fesyen terkenal Vivy Yusof berharga RM800 sehelai yang habis dijual dalam tempoh lima minit sahaja di cawangannya di Pavilion, KL.

Bagi mereka yang tidak tahu jenama Duckscarves yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini, mereka pastinya merasakan harga tersebut tidak masuk akal.

Tudung terbaru dari Duckscarves berharga RM800 itu adalah edisi terhad yang mana ia menampilkan tema Bandaraya Kuala Lumpur.

Salah seorang sumber penjualan tudung itu berkata ia sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi, namun ia telah habis dijual sebelum ia dibuka lagi berikutan ada yang telah menunggu di hadapan kedai seawal pukul 1 pagi.

Malah ada juga yang datang awal dengan menulis nama untuk membuat pesanan tudung tersebut mengikut giliran.


Apabila perkara ini menjadi viral, sudah pastinya akan nada segelintir pihak yang mengecamnya dengan mengatakan harga yang ditawarkan tidak masuk akal.

Bagaimanapun untuk pengetahuan mereka yang mengecam harga tudung berkenaan, tudung berwarna merah jambu pudar tersebut dibuat daripada kain berkualiti tinggi selain bertahtakan 200 butir batu Kristal Swarosvski.

Jadi tidak hairanlah harga tudung tersebut berharga RM800.

Berita baik buat mereka yang terlepas peluang untuk membeli tudung ini kerana pihak Duckscarves bakal mengadakan jualan fasa kedua yang akan diumumkan di laman Instagram The Duck Group.

(Sumber foto: The Duck Group Instagram)

1 comment:

  1. mau dong thoi kich thich phat trien co nho do nguc chi em phu nu co the khong co con sa tre nua
    cach lam san chac vong 1 căng da mặt không phẫu thuật


    nâng ngực ở đâu đẹp và an toàn
    Massage la Cach lam vong 1 san chac hieu qua
    Thuong xuyen massage nguc bang da lanh theo chuyen dong tron trong vong 1 phut moi ngay cung co the co tac dung giup lam san chac co va da nguc

    ReplyDelete

Powered by Blogger.