Header Ads

Tunku Tun Aminah kini Presiden kelab bola sepak JDT


Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim atau JDT telah mendapatkan Presiden baru, iaitu Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Dipetik dari Johor Southern Tigers Facebook, Tunku Tun Aminah mengambil alih tampuk kepimpinan kelab bolak sepak itu selepas abangnya Tunku Mahkota Johor telah mengundurkan diri sebagai presiden.

Dalam titah baginda, beliau berjanji akan meneruskan usaha keras yang dilakukan oleh abangnya sebelum ini dan akan terus memajukan kelab bola sepak JDT.


"Saya telah menjadi saksi ke atas betapa banyaknya usaha dan kerja keras yang telah dilakukan oleh abang saya, DYAM TMJ sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kelab JDT.

"Saya dapat melihat bahawa ia bukan hanya mengenai sebuah pasukan tetapi lebih kepada pelbagai aspek untuk sebuah kelab. Bermula dari Akademi dan seterusnya kepada pasukan utama JDT, ini adalah sebuah kelab yang besar dan sebuah projek yang besar," katanya.


Tambah baginda lagi, ia merupakan satu penghormatan buat beliau apabila diberi peluang untuk meneraju tampuk kepimpinan JDT.

Malah baginda berjanji akan melakukan terbaik bagi membantu abangnya serta orang yang terlibat di dalam kelab dengan apa cara sekali pun agar dapat menjadikan JDT lebih lebih secara berterusan.

(Sumber foto: Johor Southern Tigers Facebook)

No comments

Powered by Blogger.