Header Ads

Scorpions bakal gegarkan Rockaway Oktober ini!


Selepas tiga tahun tidak muncul dengan konsert rock berskala besar, The Livescape Group akhirnya kembali dengan konsert rock terbesar tahun ini, Rockaway yang mana akan menampilkan kumpulan rock antarabangsa dan tempatan yang akan mengeggarkan Malaysia pada 29 – 30 Oktober dan 19 November ini.

Antara kumpulan rock besar yang akan membuat persembahan pada tahun ini termasuk kumpulan rock lagenda dunia, Scorpions, Wolfmother, Third Eye Blind, Taking Back Sunday dan The Get Up Kids.

Manakala kumpulan rock tempatan pula akan menyaksikan Wings, Butterfingers, Alleycats, Zainal Abidin serta ramai lagi.

"Kami mengambil masa untuk memperkenalkan semula Rockaway kerana pihak kami sedang merancang sesuatu yang cukup besar. Melihat barisan yang telah kami umumkan hari ini, saya rasa peminat rock bukan sahaja dari Malaysia, malah dari seluruh rantau juga akan teruja."

"Malah kami berasa berbangga apabila dapat membawa kumpulan-kumpulan lagenda Scorpions, serta Butterfingers yang telah lama dinanti-nantikan iaitu hampir tujuh tahun untuk muncul kembali," ujar Pengarah The Livescape Group, Rahul Kukreja.

Awie bersama kumpulannya Wings antara kumpulan rock lagenda tempatan yang akan membuat persembahan di Rockaway.
Tambah Rahul, Rockaway pada tahun ini akan diadakan dalam skala yang besar iaitu selama tiga hari di dua lokasi; Rockaway Weekender pada 29 hingga 30 di Litar Antarabangsa Sepang dan Rockaway The Saga Continues pada 19 November di Extreme Park, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

Radhi OAG bakal membuat persembahan bersama kumpulan Hujan yang pasti akan menjanjikan satu persembahan terhebat pada Rockaway tahun ini.
Menariknya, Rockaway Weekender bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan rock hebat, malah dapat juga menyaksikan perlumbaan MotoGP yang turut bakal berlangsung pada hari sama.

Rockaway anjuran The Livescape Group disokong oleh MME, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Harga tiket yang berpatutan dan pastinya akan menarik lebih ramai peminat rock untuk hadir ke konsert rock terbesar Malaysia.

Berikut adalah senarai fasa pertama:

Rockaway Weekender (Hari 1 – 29 Oktober @ Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang)

- Scorpions
- Wings
- Muzza's Mayhem

Rockaway Weekender (Hari 2 – 30 Oktober @ Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang)

- Wolfmother
- Artefacts
- Daarchlea (MY)
- WTNSS
- + Ramai lagi

Rockaway The Saga Continues (19 November @ Extreme Park, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil)

- Butterfings
- Alleycats
- Zainal Abidin
- Third Eye Blind
- Taking Back Sunday
- The Get Up Kids
- Hujan X Radhi OAG
- One Buck Short
- Lyme
- Prana
- The Summer State (SG)
- The Changchuter (ID)
- Killeur Calculateur
- M.U.Z.E
- Dirgahayu
- Pitahati
- Eat Sh*t Die
- Man Under Zero Effect
- Tokokilat
- Son of a Policeman
- Speedwitches 

No comments

Powered by Blogger.