Header Ads

Nora Danish menafikan kafe tutup kerana tak mampu bayar


Aktres tempatan Nora Danish telah menjelaskan bahawa kafe barunya, Kopi & XoXo yang baru-baru ditutup bukan kerana dia tak mampu bayar sewa, tapi kerana bangunan tersebut melarang penjualan makanan.

“Bukannya kami tak mampu bayar, tapi sebenarnya bangunan tu tak boleh menjual makanan sebab ia merupakan tempat kediaman,” kata Nora Danish.


Selepas menutup kafenya di Bangsar, Nora telah membuka dua kafe di Bangi dan Taman Tun Dr Ismail, dan menurut Nora, perniagaan di kedua-dua lokasi tu amat memberansangkan.

Nora juga mengatakan yang dia bercadang untuk membuka cawangan kafenya yang ketiga dan mungkin juga mencari peluang untuk membuka francais.

“Rezeki membenarkan kami membuka dua cawangan pada masa yang sama. InsyaAllah kami juga cadang untuk buka cawangan yang ketiga, tapi buat masa ni, kami ingin berehat dulu. Mungkin selepas ni, kami akan buka francais,” jelas Nora.

Ketika bulan Ramadhan, Nora mengaku yang dia banyak habiskan masa di kafe-kafenya.

Kafe Kopi & XoXo Nora Danish akan tutup ketika Raya Aidilfitri dan akan dibuka semula seminggu selepas Raya.

Nora Danish merupakan salah satu selebriti yang mengalihkan suara filem "Jurassic World" ke Bahasa Malaysia. Dia memainkan watak Claire Dearing dalam filem tersebut.

"Jurassic World" Bahasa Malaysia akan disiarkan di Astro saluran HBO 411/431 pada Hari Raya Aidilfitri, Rabu, 6 Julai, jam 9 malam.

No comments

Powered by Blogger.