Header Ads

Nora Danish beraya dengan bekas mentua lagi tahun ni


Pelakon Nora Danish mengaku bahawa tahun ini juga, dia akan beraya bersama keluarga bekas mentuanya kerana ia merupakan tradisi kewajipan keluarga tersebut.

“Anak tunggal saya Rayqal merupakan cucu pertama Tan Sri Ramli Ngah Talib, dan pada hari raya dan juga malam raya pertama, telah diwajibkan untuk semua cucu-cicit bersalam-salaman di rumah sana,” jelas Nora ketika ditemui pada majlis pelancaran filem “Jurassic” World versi Bahasa Melayu yang diadakan di KL.


“Kalau saya tak pergi ke rumah sana, ia bermakna yang saya perlu berpisah dengan anak saya di Hari Raya, dan itu mustahil.”

Nora percaya yang tidak salah dia mengunjungi rumah bekas mentuanya kerana dia berniat baik, dan dia sudah biasa berbuat demikian kerana dia telah lakukannya selama tujuh tahun.

Walaupun Nora sedar yang setiap tahun akan ada orang yang cuba menyampaikan khabar-khabar angin buruk, dia redha dengan situasi yang dia berada.

“Mungkin mereka yang berkata-kata tu tak faham kerana mereka tak berada di situasi saya. Kalau saya tak berada di situasi ni, saya juga mungkin takkan faham,” sambung Nora.

“Kalau anda lihat dari sudut berbeza, lagi perit saya kerana perlu mengulangi benda ni walaupun saya dah tak mempunyai hubungan dan sebagainya, tapi saya menganggapnya sebagai satu kebaikan, dan saya pergi dengan niat nak bersama dengan anak saya di Hari Raya,” kata pelakon “Suamiku Jatuh Dari Langit” itu.

Nora juga mengaku yang dia telah menganggap bekas ibu bapa mentuanya sebagai ibu bapa kandungnya sendiri, dan dia takkan peduli apa yang dikatakan orang lain kerana mereka takkan memahami situasinya.

Nora Danish juga terlibat dalam filem “Jurassic World” yang dialihkan suara ke Bahasa Malaysia bersama pelakon-pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Izzue Islam, Wafiy, Bront Palarae, Fahrin Ahmad, Nabil Ahmad, Faizal Ismail, Fara Fauzana dan lain-lain lagi.

Filem tersebut akan disiarkan di saluran HBO 411 / 431 pada 6 Julai depan, jam 9 malam.

No comments

Powered by Blogger.