Header Ads

Nik Michael Imran percaya ada hikmah disebalik penutupan restorannya


Chef selebriti Nik Michael Imran percaya ada hikmah disebalik penutupan restoran miliknya, Picnik yang mula beroperasi di Publika, Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu."

Menurut chef selebriti yang lahir dari program "MasterChef Malaysia" ini, penutupan restorannya pada bulan Februari lalu adalah kerana kedatangan pelanggan yang tidak memberasangkan.

"Boleh dikatakan hampir 80 peratus pelanggan yang datang ke restoran saya adalah pengunjung tetap dan kebiasaannya mereka cuma datan sekali dalam seminggu."

"Daripada saya terpaksa membayar kos yang tinggi, jadi saya ambil keputusan unutk menutupnya dan fokus terhadap perniagaan katering juga di bawah nama Picnik," katanya kepada Kosmo!

Tambah chef berusia 27 tahun itu lagi, perniagaan katering adalah perniagaan utamanya sejak dari dulu lagi.

Dalam pada itu, Nik tidak berputus asa di atas kegagalannya, malah sedang dalam perancangan untuk membuka sebuah restoran baru yang dijadualkan beroperasi pada pertengahan bulan Ramadan ini.

Nik berkata restoran terbarunya kelak akan menyediakan hidangan masakan Itali, Perancis, Korea dan Jepun sama seperti restoranya terdahulu tetapi dengan harga yang jauh lebih murah.

Sementara itu, selain sibuk dengan pembukaan restoran barunya Nik juga bakal terlibat dengan program Ramadan bersama RTM berjudul "Kuih Raya Nik Michael".

Dalam program tersebut, Nik akan menjelajah ke beberapa buah negeri bagi mempelajari cara membuat kuih raya tradisional seperti lidah kucing dan bahulu bakar selain kuih raya moden.

"Kuih Raya Nik Michael" akan bersiaran di saluran Astro TVi dan RTM bermula 24 Jun pada setiap Isnin hingga Ahad pada pukul 10 pagi.

(Sumber foto: Nik Michael Imran Instagram)

No comments

Powered by Blogger.