Header Ads

Joe Flizzow sambung pengajian di Harvard University


Baru-baru ini penyanyi rap popular tempatan, Joe Flizzow telah dilaporkan melanjutkan pengajiannya ke universiti tersohor dunia iaitu Harvard University.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh pelantun "Apa Khabar" menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Joe di sana mengikuti kursus pendek dalam bidang Perniagaan Muzik, Hiburan dan Sukan.

Dalam pada itu, Joe menerusi beberapa foto yang dimuat naik dalam Instagram turut mengucapkan terima kasih Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang merealisasi impiannya ini.

Antara rakan sekelas Joe merupakan penyanyi rap terkenal, LL Cool J dan juga pemain bola keranjang Los Angeles Clippers, Chris Paul.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Joe Flizzow yang berpeluang menimba ilmu di salah sebuah universiti tersohor di dunia. Semoga segala pembelajaran dan perancangan yang diatur akan berjalan dengan lancar.



A photo posted by Joe Flizzow (@flizzow) on

A photo posted by Joe Flizzow (@flizzow) on



A photo posted by Joe Flizzow (@flizzow) on

A photo posted by Joe Flizzow (@flizzow) on

No comments

Powered by Blogger.