Header Ads

Acappan nafi sudah peluk agama Islam


Pelawak veteran Acappan menyangkal berita yang tersebar kononnya dia sudah memeluk agama Islam dan meminta agar orang ramai menghentikan penyebaran berita itu.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.”

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi. Saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," katanya kepada mStar.

Menurut Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan, gambar-gambar yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa di salah sebuah surau di Salak Tinggi.

Tambah pelakon "Mamak Cupcake" itu, selain dijemput untuk berbuka puasa dia turut mahu diperkenalkan dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

Status dan foto yang dimuat naik oleh Maulana Helmi di laman Facebook miliknya yang menjadi viral.
 Pagi tadi dunia hiburan tempatan kecoh apabila berita mengenai Acappan memeluk agama Islam telah tersebar dengan begitu cepat sekali.

Malah menerusi sebuah akaun Facebook milik Maulana Helmi yang merupakan salah seorang jemaah dakwah, turut menyatakan perkara sama sambil turut menyatakan nama Islam Acappan.

(Sumber foto: Maulana Helmi Facebook)

No comments

Powered by Blogger.