Header Ads

Malaysia hampir menang kejohanan dunia dodgeball!


“If you can dodge a wrench, you can dodge a ball,” kata watak Patches O'Houlihan daripada filem 2004 “Dodgeball: A True Underdog Story”.

Apa maksudnya ni?

Maksudnya, kalau anda boleh elak daripada perengkuh, anda tentu boleh elak daripada bola dodgeball. Macam tak masuk akal, kan?

Okey, apa yang kami ingin sampaikan adalah, semalam, pasukan dodgeball Malaysia telah berjaya mendapat naib juara di Piala Dunia Dodgeball 2016 yang berlangsung di Manchester, England.
Pasukan negara telah tewas di tangan England dengan markah 3-14 di pusingan akhir.

Nampak macam teruk tapi sebelum ni, pasukan kita telah berdepan dengan banyak pasukan-pasukan hebat lain daripada Wales, Mesir, Scotland, Amerika dan banyak lagi – jadi mereka ni kira hebatlah juga!

Tahniah kepada pasukan Malaysia!
(Sumber foto: World Dodgeball Association’s Facebook)

Tak sangka yang pasukan tempatan negara kita begitu hebat dalam sukan dodgeball, agaknya mereka memang dah banyak berlatih elak perengkuh!

Rasanya gaya elak mereka ada macam Ben Stiller tak? 

Sejujurnya, sebelum ni tak ramai yang tahu tentang sukan dodgeball, lebih-lebih lagi di Malaysia. Yalah, sukan ni nama melayu pun tak ada!

Tapi, bukan saja Malaysia, negara lain pun tak memberi perhatian sangat kepada sukan ni, sehinggalah Hollywood menghasilkan filem tema dodgeball pada tahun 2004 yang dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Ben Stiller, Vince Vaughn, Christine Taylor, Justin Long, Rip Torn dan ramai lagi.

Tapi, macam mana cara untuk main sukan dodgeball ni? Senang saja, menurut filem tersebut, kita cuma perlu tahu 5 D.

Macam dah terlebih D.

Nak cepat faham, lihat saja klip video daripada cerita “Dodgeball: A True Underdog Story” ni.


To read this article in English, click here.

No comments

Powered by Blogger.