Header Ads

Diana Danielle bakal tampil dengan album pertama!


Pelakon Diana Danielle bakal melancarkan album pertamanya tidak lama lagi kerana dia kini sudah pun merakamkan dua buah lagu.

"InsyaAllah, ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Saya merancang untuk mengeluarkan single demi single terlebih dahulu sebelum mengumpulkannya dalam satu album.”

"Saya sendiri yang mengeluarkan dana, bahkan saya juga tidak hanya fokus pada satu-satu genre," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah pelakon "Histeria" ini lagi, dia sememangnya sudah lama menyimpan impian untuk menceburi bidang nyanyian dan baru kini mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah dan pelakon popular Farid Kamil ini berkata dia menceburkan diri dalam dunia nyanyian bukan kerana kerjaya sahaja, tetapi sebaliknya mahu menguji tahap kemampuan diri selain berseronok.

Sementara itu, pelakon berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa ketika ini dia tidak dapat memberikan tumpuan seratus peratus kepada kerjaya seninya berikutan sibuk menguruskan keluarga.

(Sumber Foto: Diana Danielle Instagram)

No comments

Powered by Blogger.