Header Ads

Aidil Zafuan diperintah bayar lebih RM68 ribu kepada Rita Rudaini


Pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan kebangsaan, Aidil Zafuan telah diperintah untuk membayar RM68,530 kepada bekas isterinya pelakon Rita Rudaini selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan tuntutan yang dibuat oleh Rita.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mawardi Che Man yang mana turut memerintah Aidil membayar kos guaman bekas isterinya itu.

"Bayaran tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh 45 hari," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dua tahun lalu iaitu pada 14 Disember 2013, pelakon "Balistik" ini telah memfailkan tuntutan sebanyak RM102,000 sebagai nafkah selepas bekas suaminya gagal berbuat demikian selama 20 bulan.

Tuntutan itu merangkumi perbelanjaan makan minum, kos bayaran rumah, pakaian pengangkutan dan barang asasi lain.

Dalam pada itu, Hakim Mawardi dalam penghakimannya berkata pihak mahkamah memutuskan Rita hanya layak mendapat 19 bulan nafkah sahaja berikutan mereka sah bercerai pada Ogos 2013.

Rita dan Aidil telah berkahwin di negara seberang Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Perkahwinan mereka bagaimana tidak bertahan lama apabila mereka sah bercerai pada September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

No comments

Powered by Blogger.