Header Ads

Adakah kontroversi ”Clever Girl“ akan berulang pada minggu ke-4?


Rancangan realiti "Clever Girl Malaysia" (CGM) kini mendapat perhatian seluruh pelusuk penonton tempatan selepas beberapa siri kontroversi yang melanda rancangan itu, sehingga penerbit program terbabit tampil meminta orang ramai berhenti dari terus mengecam peserta-peserta rancangan itu.

Untuk pengetahuan pembaca, rancangan yang menampilkan 14 gadis dari 14 negeri ini bersaing untuk merebut gelaran gadis paling pintar, sekaligus membawa pulang wang tunai RM100,000! Banyak tu!

Walaupun latar belakang peserta CGM ini hebat-hebat belaka seperti peguam, jurutera, eksekutif dan jawatan profesional lain, namun rata-rata netizen menggelar mereka sebagai kurang bijak dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Rancangan yang bermula pada awal Mac mula mencetuskan kontroversi apabila salah seorang peserta gagal membezakan antara Mother Teresa dan Mahatma Gandhi.

Pada minggu seterusnya, salah seorang peserta pula gagal menjawab soalan mudah mengenai bilangan warna bendera Malaysia, sekaligus mencetuskan lagi kritikan pedas dari netizen.

Terbaru, pihak produksi pula menjadi mangsa kritikan apabila mengajukan soalan "Berapa banyakkah filem P. Ramlee yang ada perkataan “Bujang Lapok”?" dengan pengacara Alif Satar mengesahkan jawapannya, ‘tiga filem’.

Bagaimanapun, jawapan tersebut salah kerana jawapan sebenarnya adalah empat buah filem!

Jadi, persolan yang timbul dan menjadi tanda tanya ramai adalah adakah insiden sama akan berulang lagi pada episod minggu ke-4 yang akan ke udara Ahad ini?

Jom kita ramai-ramai menantikannya di saluran TV3 pada jam 9 malam!


(Sumber foto: Free Malaysia Today)

No comments

Powered by Blogger.