Header Ads

Remy Ishak serah soal jodoh kepada takdir


Pelakon Remy Ishak berkata dia tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan buat masa ini walaupun kini sudah berusia 34 tahun.

Menurut pelakon "Pilot Café" itu, dia tidak berasa terdesak atau tertekan, sebaliknya meletakkan soal jodoh kepada takdir.

"Dahulu saya pernah cakap mahu berkahwin apabila usia mencapai 28 tahun, namun sekarang sudah jauh tersasar."

"Jadi kali ini biarlah waktu dan jodoh sahaja menentukan dan saya tidak lagi berani nak tetapkan soal itu kerana bimbang tidak menjadi," katanya kepada mStar.

Tambah Remy lagi, tanggungjawab terhadap keluarganya di kampung merupakan antara faktor dia enggan terlalu fikirkan soal perkahwinan.

Ini kerana dia mahu membantu keluarganya dengan memberi keselesaan kepada mereka terlebih dahulu sebelum dirinya.

Bagaimanapun, Remy mendedahkan bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang mana dia tidak akan berkongsi kepada umum berikutan masih di peringkat awal.

Jelas Remy, sekiranya sudah tiba masanya satu hari nanti, pasti dia akan umumkan kepada semua.

Sementara itu, selain fokus pada kerjaya lakonan, Remy kini mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan apabila baru sahaja melancarkan minyak wanginya di bawah jenama Rumi by Remy Ishak.

(Sumber foto: Remy Ishak Instagram)

No comments

Powered by Blogger.