Header Ads

Peserta melayu pertama di AsNTM dikecam netizen


Asia’s Next Top Model musim keempat akhirnya telah pilih 14 peserta yang layak untuk bertanding, dan salah seorang daripada peserta-peserta tersebut merupakan gadis melayu Malaysia, Tuti (Nuraini Noor), gadis melayu pertama yang akan bertanding dalam program reality terkemuka itu.

Namun, penyertaannya dalam program tersebut tidak mendapat sambutan baik daripada warga alam maya selepas ramai mengetahui yang Tuti beragama Islam.



Komen-komen negatif dilemparkan ke atasnya selepas berita “baik” ini dikongsikan oleh portal hiburan tempatan, MyNewsHub.

Kebanyakan netizen mempertikaikan sebab gadis melayu berumur 24 tahun ini dibenarkan menyertai pertandingan tersebut, walaupun dia merupakan seorang yang beragama Islam.

Kalau diikutkan hukum, Muslim tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang diperlukan pesertanya untuk berpakaian seksi.





Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mengucapkan selamat berjaya kepada Tuti dan harap, sebagai wakil Malaysia, dia dapat pergi jauh dalam pertandingan ini.



Tuti merupakan satu-satunya peserta dari Malaysia yang layak ke Asia’s Next Top Model musim keempat.

Dalam musim ketiga, dua peserta Malaysia iaitu Shareeta Selvaraj dan Melissa Tan Li Hsia berjaya memasuki pertandingan tersebut namun tersingkir pada episod 1 dan 7.

Ini juga bukan kali pertama Tuti menyertai pertandingan model. Sebelum ni, dia telah memenangi X Top Model Malaysia 2012 dan juga juara X Walk.

AsNTM musim keempat akan disiarkan di Astro, saluran Star World (711) pada Rabu, 9 Mac 2016, jam 8 malam.


Lihatlah peserta-peserta AsNTM musim ke-4 yang lain.

That Htet Aung aka May (Myanmar)

Jiratchaya Kedkong aka Tawan (Thailand)

Tugs Saruul (Mongolia)

Sang In Kim (South Korea)

Jessica Lam (Hong Kong)

Julian Flores (Philippines)

Angela Watkins aka Angie (Singapore)

Alaiza Malinao (Philippines)

Wanvisa Goldman aka Maya (Thailand)

Aldilla Zahraa (Indonesia)

Gwendoline Ruais aka Gwen (Philippines)

Patricia Gunawan (Indonesia)

Ngo Thi Quynh Mai aka Mai Ngo (Vietnam)

(Photo sources: Asia's Next Top Model's Facebook)

No comments

Powered by Blogger.