Header Ads

Peserta melayu AsNTM Tuti balas komen netizen


Netizen telah kecam seorang peserta Malaysia bernama Nuraini Noor atau lebih dikenali sebagai Tuti kerana menyertai program realiti Asia’s Next Top Model musim ke-4, namun begitu, Tuti mengakui yang dia tidak kisah meskipun dihentam warga netizen.

Berdasarkan laporan BBC, Tuti beritahu yang dia menghormati pandangan semua orang, namun dia tidak suka diberikan “label”.


“Apa yang memisahkan kita bukannya warna kulit ataupun agama. Ia adalah peluang,” katanya.

“Setiap orang mempunyai pandangan berbeza, dan saya tak boleh mengawalnya. Oleh itu, saya menghormati pandangan setiap orang.”

“Saya tak suka meletakkan label atas apa-apa pun. Saya ialah warganegara dunia. Saya hanya merupakan seorang gadis yang ingin mengejar impiannya,” Tuti sambung.


Komen-komen negatif mengenai Tuti bermula apabila keputusan Asia’s Next Top Model dikemukan pada bulan Febuari di laman sosial.

Kebanyakan komen menyuruh supaya Tuti menarik diri daripada pertandingan tersebut kerana dia merupakan perempuan Muslim.

Tuti juga menyatakan yang sebelum ini dia tidak pernah menerima kritikan sebegini ketika menyertai Pencarian X Top Model Malaysia 2012 atau pertandingan model lain.


To read this article in English, click here.

(Sumber foto: Facebook Asia's Next Top Model)

No comments

Powered by Blogger.