Header Ads

“Munafik” terus dapat sambutan, kutip RM4.3 juta selepas seminggu


Filem seram arahan Syamsul Yusof, "Munafik" terus mendapat sambutan daripada penonton apabila berjaya mengutip RM4.3 juta selepas seminggu ditayangkan di pawagam.

Menurut Syamsul, dia meluahkan rasa bersyukur di atas sambutan terhadap naskhah terbarunya di luar jangkaan.

"Setakat semalam, sambutan yang diberikan terhadap filem ini sangat luar biasa. InsyaAllah dicampur dengan kutipan dilakukan malam ini, "Munafik" mampu memungut RM4.3 juta dalam masa tujuh hari di pawagam," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, "Munafik" berjaya memperoleh RM2.3 juta selepas hanya empat hari tayangkan.

Salah satu babak seram dalam "Munafik".

Dalam pada itu, pengarah filem "Khurafat" itu yang menyepikan diri dari dunia pengarahan beberapa tahun lalu mengakui dia berpuas hati sekiranya filemnya berjaya mengutip RM4 juta.

Filem terbitan Skop Production ini mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima hakikat apabila isterinya meninggal dunia. Dia yang kemudian bersetuju untuk mengubati seorang wanita bernama Maria yang diganggu syaitan, melalui pelbagai pengalaman pelik.

"Munafik" yang mula ditayangkan sejak 25 Februari dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim, Sabrina Ali, A Galak, Datuk Rahim Razali dan Syamsul sendiri.

No comments

Powered by Blogger.