Header Ads

Jersi pertama dengan hijab untuk pemain bola sepak wanita Afghanistan


Afghanistan akan menjadi negara pertama di dunia yang mana pemain wanitanya akan memakai jersi bola sepak istimewa yang dihasilkan oleh syarikat jenama sukan Denmark, Hummel yang mempunyai hijab dan leggings yang membolehkan wanita beragama Islam menutup aurat ketika bersukan.


"Sukan bola sepak bukan sesuatu yang mudah untuk kami main, terutamanya negara yang didominasi oleh lelaki," ujar bekas kapten Afghanistan, Khalida Popal kepada Associated Press (AP).

"Ia tidak dapat diterima untuk wanita bermain bola sepak. Ini kerana bola sepak adalah permainan untuk lelaki.”



"Jersi ini adalah jersi pasukan Afghanistan, dan saya berbangga untuk menjadi teladan kepada ribuan gadis dan wanita di Afghanistan. Ia sangat istimewa untuk saya. Ia adalah identiti kita."

Hummel juga menghasilkan jersi untuk pasukan kebangsaan Denmark dan Lithuania.

"Nilai teras kami adalah untuk mengubah dunia menerusi sukan," kata pemilik Hummel, Christian Stadil kepada AP.


"Jadi kami fikir dengan jalan penyelesaian ini, jersi berhijab ini akan menjadi pakej yang kami buat untuk Persatuan Bola Sepak Afghanistan.”

"Kami mahu membuatkan jersi itu tampak hebat dan berfesyen," ujar Stadil yang turut menambah perancangannya untuk membekalkan jersi berhijab untuk negara di Timur Tengah lain yang mempunyai majoriti Muslim.


Jersi berhijab ini telah dilancarkan pada sidang media Hari Wanita Antarabangsa Hummel.


Terdahulu, ahli sukan wanita Muslim hanya boleh menggunakan hijab biasa yang akan dimasukkan ke dalam pakaian atau di pinkan pada pakaian sukan mereka.

To read this article in English, click here.

(Photo sources: hummel's Facebook, thesun.co.uk, mic.com)

No comments

Powered by Blogger.