Header Ads

FIFA akan pertimbang gol Faiz Subri untuk Puskas 2016


Pemain bola sepak tempatan dari Pulau Pinang yang telah menjadi perhatian antarabangsa berikutan jaringan gol 'ajaib' yang dilakukan pada Februari lalu akan dipertimbangkan untuk disenarai pendek dalam finalis untuk Anugerah FIFA Puskas 2016 yang mana mengiktiraf 'gol terbaik di dunia' pada setiap tahun.

Berita itu telah disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menerima maklum balas dari badan pentadbiran bola sepak dunia, FIFA.

Pada pertengahan Februari, FAM telah menghantar penyertaan kepada FIFA untuk mencalonkan jaringan gol Faiz Subri untuk Anugerah FIFA Puskas 2016.

Mereka kemudian menerima maklum balas pada 14 Mac yang ditandatangani oleh setiausaha agung FIFA, Markus Kattner yang berterima kasih kerana menghantar klip video jaringan tersebut dan berkata pihaknya akan mempertimbangkan Faiz Subri sebagai salah seorang finalis.



"Walaupun FIFA tidak memberi jaminan yang jaringan gol itu akan tercalon dalam senarai 10 terakhir untuk Anugerah FIFA Puskas, Kattner berkata pihak FIFA akan menilai jaringan Faiz Subri sama seperti penyertaan serata dunia," ujar setiausaha agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Malaysia Insider.

Beliau juga berkata FIFA akan memaklumkan kepada FAM jika jaringan gol Faiz Subri berjaya disenarai pendek antara 10 finalis untuk Anugerah FIFA Puskas 2016.


To read this article in English, click HERE.

(Sumber foto: siakapkeli.my)

No comments

Powered by Blogger.