Header Ads

Elizabeth Tan tampil dengan lagu Inggeris pertamanya!


Penyanyi sensasi, Elizabeth Tan akhirnya telah meriliskan single Inggeris pertamanya berjudul "Are You Leaving Now", selepas muncul dengan tiga buah lagu Bahasa Malaysia sebelum ini.

Sebelum ini, TheHive.Asia pernah menemubual Elizabeth yang mana dia memberitahu dia hanya akan meriliskan lagu berbahasa Inggeris dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi berikutan dia mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman, selain mahu fokus pada pasaran Melayu dahulu.

Namun, tidak sampai setahun selepas kami menemubualnya, penyanyi berusia 22 tahun ini sudah pun meriliskan lagu Inggeris pertamanya yang mana berbeza dari segi gaya muzik dan genre.

Tidak seperti dua lagu hitnya sebelum ini, "Knock Knock" dan "Setia", yang mana bergenre pop dan balada, "Are You Leaving Now" adalah dari genre Electronic Dance Music (EDM).

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Elizabeth terbabit dengan genre muzik EDM, yang mana sebelum ini dia pernah tampil dalam lagu Goldfish & Blink, "Somewhere New".


Kolaborasinya dengan duo EDM Malaysia ini mendapat reaksi positif dari orang ramai dan dengan trend genre EDM yang semakin melonjak naik, tidak hairanlah penyanyi "Knock Knock" ini mengambil keputusan untuk mencuba sesuatu yang berlainan.

Lagu terbaru ini pasti memaksimumkan vokal Elizabeth sekaligus memperlihatkan sama seperti penyanyi popular British, Ellie Goulding. Muzik video "Are You Leaving Now" melakukan penggambaran sepenuhnya di Sydney, Australia dan pemerhatian kami mendapati ia ditaja oleh Destination New South Wales sebagai mana destinasi di sana menjadi tema muzik video.

Read this article in English, click HERE.

 

No comments

Powered by Blogger.